Thursday, February 27, 2014

luahan hati


Sedih.
hanya itu yang dapat ku gambarkan di lubuk hati.
kegembiraan itu hanya sementara.

selama tiga minggu aku terkurung di asrama dek peperiksaan yang semakin dekat.
3 minggu tak balik rumah tu!
DAHSYAT!!

tapi, 
bisakah aku bertahan dengan semua itu?
terpaksa berjauhan dengan keluarga,
terpaksa berpisah selama tiga minggu.

ah!
nanti nak guna taktik Aqilah la!
suruh mama & abah datang setiap hari!
tapi,
mama boleh ke?

mama baru je lepas buat pembedahan.
mama tak kuat.
abah?
abah tentu sibuk dengan kerjanya di sekolah.
mana ada masa dengan aku!

pehal mak & ayah Aqilah boleh je mai setiap hari.
padahal ayahnya juga seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah.
ini tidak adil!

ASTAGFIRULLAHAL'AZIM!!

YA ALLAH...
sampai macam tu sekali aku berfikir yang bukan-bukan tentang mama dan abah.
tak baik berprangsangka buruk terhadap
mama dan abah..

Ya Allah,
jika ini hanya ujian yang KAU berikan kepadaku,
atas semua dosa-dosaku yang lalu?
 atas apa yang aku lakukan di dunia ini?

  ...Aku REDHA..




                                                                                           luahan hati :-

                                                                                    Najihah Hazwani

Friday, January 17, 2014

Sunday, December 22, 2013

urghh!! ngantok..






Hadoii...ngantoknyerr..tapikn bila nak wat blog ajer trus bersemangat!!
hmm,..bkannye ada apa2 sgat nak cerita..esok2 ajelh

oklh skarang nih saye nak tido...bye assalm :)

Friday, December 20, 2013

EPISOD 6

                                                   Assalamualaikum!!


Hari yang amat cerah...tp panas skit..hehe :)
korang mesti tertunggu2 bila episod 6 nak sambung kan?
haha! skang ni sye tgah cari idea bg jalan citer die lbih menarik!!
hmm,..korng ni jenis tak sabar eh?? ok2 jom mulakan!!


         " suka hati awaklah, Rysh. Tak nak kawan!" Kata Anis dengan muncungnya.
    
    " Gurau sikit pun dah merajuk ke? okey, okey. Rehat nanti saya belanja awak, ya?" Pujukku.

    " Betul ke ni? Awak nak belanja saya? Wah, bestnya!" Kata Anis teruja.

    " Tapi, RM5 kebawah, ye?" Pintasku. Muka Anis berkerut seribu. Hampeh punya kawan! Baru nak ajak pergi mall tadi! Airyshaa perasan perubahan pada wajah Anis. Dah mula lah tu. " Okey, okey. Jangan lebih dari RM10 sudah, ya?"

     Anis tersengih tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Airyshaa. 

     " Sayang, kau!" Katanya lalu memelukku.






    Aku mengemas katilku apa yang patut. Aku menyarungkan cadar berwarna merah jambu dan polkadot putih pada tilam katilku. Sebiji bantal biru laut diambil dari dalam beg. Aku menepukkan sedikit bantalku. Selimut ungu muda yang dibeli di Pasaraya Mydin itu aku melipatnya lalu meletakkan di hujung katilku. Ah, siap juga akhirnya! Aku terduduk di birai katil. Rindu pula suasana di rumah. Mama! Nak balik!

    Tiba-tiba bahuku ditepuk dari arah belakang. Aku memusingkan kepalaku untuk melihat siapakah yang menyapaku sebentar tadi. Aku tersenyum.

    " Kenapa masam aje ni?" Soalnya.

    " Rindukan rumah..." Kataku perlahan.

    " Ala, chill la. Baru beberapa jam kau kat sini, belum sebulan lagi." Katanya memujuk.

    " Entahlah, Anis. Pertama kali aku masuk asrama. Aku ni mana pernah berjauhan dengan mama aku," kataku dengan nada sedih.

    " kau bernasib baik," Kata Anis perlahan. Aku tersentak. bernasib baik? Apa maksud dia?

    " Maksud kau?" Soalku.

    " kau masih ada keluarga..."

    " Tapi, papa aku dah tak ada,"

    " Kau bertuah! Kau masih mempunyai seorang ibu yang penyayang. Tapi, keluarga aku dah tak ada.." Kata Anis dengan air mata.

    Aku terpaku. Takkan dia..." mereka pergi mana?" Pancingku.


    " Nenek aku kata, mak aku meninggal semasa melahirkan aku, ayah pula kemalangan jalan raya sehari selepas hari lahir aku yang pertama, aku ada kakak, tapi kakak aku kata aku pembawa sial dalam keluarga. Mak Long aku yang jaga kakak aku sementara aku pula dijaga oleh nenek. Semua yuran sekolah dan asrama semua Pak Long aku yang sponsor." Kata Anis dengan esakan.


    " Mana kakak kau sekarang?"

    " Pak Long aku kata dia belajar kat New Zealand,"katanya. Aku hanya memerhati setiap sudut wajahnya. Bersih aje muka dia. " Papa kau pergi mana pula?" Sambung Anis menutup kesedihan di hati.

    " hah? Err..papa aku dah meninggal dunia. Masa tu umur aku baru 12 tahun, papa aku mati mengejut semasa pergi ke tempat site di Petaling Jaya. Doktor cakap papa aku ada penyakit jantung. Papa tak pernah beritahu tentang penyakitnya kepada kami." Kataku sambil mengimbas kembali kenangannya dengan papa.

     Anis mengangguk lalu memeluk tubuh Airyshaa agar gadis itu bertenang.



hehe..nak tau lagi? tunggu ler!!















Wednesday, December 18, 2013

kenangan ketika di BUKIT TINGGI ~

                                                        Assalamualaikum!!



                    Sekarangkan dah masuk cuti sekolah. Korang pergi mana
cuti tahun ni? Baru2 ni saya pergi bercuti di luar negara. Jangan salah faham pula! Bukannya di Paris atau Jepun tapi di Indonesia...
Pertama kali bercuti di luar negara. Terasa seronok pula! Eh?! Kejap!
Bukankah saye pernah ke luar negara ke sebelum ini? Hehe..:)

                    Bukit Tinggi, sumatera barat indonesia! Itulah destinasi percutian saya kali ini!! Nak tahu tak, di sana terdapat banyak air terjun. Cantik pulak tu!! 

           haha!! masa ni tengah berangan nak jadi seorang puteri minang. cantik tak?



 ni lah air terjun yang pertama...cantik kan? air dia sangat sejuK! bila masuk musim hujan je, air dia jadi deras! sampai melimpah atas jalan!!



 masa ni saye tak ada mood nak ambil gambar. tulah monyok semacam aje..hehe budak baru bangun tidoq..hehe :)


   air terjun di lembah harau!! wahh, dah la homestay dekat situ aje...



haa, masa nih tengah junggle treacking..kat sini kami bermandi manda...wuuu sejuk sangat air dia sampai ke tulang!!


 

hmm...rindu suasana kat sana...insyaAllah! suatu hari nanti saya akan menjejak kaki saya ke sana semula... :D


Friday, December 13, 2013

walah!!







amboi2!! rasanya mcam dh hampir setahun sya x nengok blog saya nih..
bukak aje blog, fuhh! banyak btol habuk die...hehe!!

kekadang nih saya asyik layari FB aje..ntahla...dh mcm bosan sangat asyik menghadap blog aje..kekadang rasa jelez plak bila nengok blog fwend sya...blog die cantik, kreatif siap ada lagu lagi!!

hurmm, walau apapon sye ttp bersyukur dpt buat blog nih dgn hasil tgan sye sendiri..biarlah sya punya x sehebat yg len aslkan ada tmpat untok sya taip sesuatu..




dari hati kecik saya
~ najihah
 hazwani~ 


Saturday, November 23, 2013

episod 5

jom!! sambung!!

   "ala, biasalah saya ini!" Kata Anis dengan sengihan. Aku hanya ketawa.

   "tapi, kan?! Dia comel!" Kata Anis perlahan. Aku terkejut. Haih, tadi kata meluat sangat! Tapi, sekarang kata 'comel' pula. Apa yang comel pun tak tahu lah.

   "hai, dah jatuh hati dengan Encik Poyo ke?" Soalku dengan nada mengusik. "hah? Mana ada!" Kata Anis menutup malu.
Terasa pipinya panas membahang.

   "iyakah? Kenapa pipi awak pink aje?" Soalku.

   "hah?! Pink?!" Anis meraba-rabakan mukanya. Aku tergelak melihat riaksi Anis. "Kenapa gelak?" Wajah Anis kebingungan.
Ala kesiannya kawan aku sorang ini, blur sangat!

   "awak ni jahatlah! Taknak kawan!"

   "don't be so childish, Hawanis." 
   
   "sejak bila saya kebudak-budakkan?"



nak tahu kesenambungannya? Tunggulah! Hehe..