Friday, December 20, 2013

EPISOD 6

                                                   Assalamualaikum!!


Hari yang amat cerah...tp panas skit..hehe :)
korang mesti tertunggu2 bila episod 6 nak sambung kan?
haha! skang ni sye tgah cari idea bg jalan citer die lbih menarik!!
hmm,..korng ni jenis tak sabar eh?? ok2 jom mulakan!!


         " suka hati awaklah, Rysh. Tak nak kawan!" Kata Anis dengan muncungnya.
    
    " Gurau sikit pun dah merajuk ke? okey, okey. Rehat nanti saya belanja awak, ya?" Pujukku.

    " Betul ke ni? Awak nak belanja saya? Wah, bestnya!" Kata Anis teruja.

    " Tapi, RM5 kebawah, ye?" Pintasku. Muka Anis berkerut seribu. Hampeh punya kawan! Baru nak ajak pergi mall tadi! Airyshaa perasan perubahan pada wajah Anis. Dah mula lah tu. " Okey, okey. Jangan lebih dari RM10 sudah, ya?"

     Anis tersengih tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Airyshaa. 

     " Sayang, kau!" Katanya lalu memelukku.






    Aku mengemas katilku apa yang patut. Aku menyarungkan cadar berwarna merah jambu dan polkadot putih pada tilam katilku. Sebiji bantal biru laut diambil dari dalam beg. Aku menepukkan sedikit bantalku. Selimut ungu muda yang dibeli di Pasaraya Mydin itu aku melipatnya lalu meletakkan di hujung katilku. Ah, siap juga akhirnya! Aku terduduk di birai katil. Rindu pula suasana di rumah. Mama! Nak balik!

    Tiba-tiba bahuku ditepuk dari arah belakang. Aku memusingkan kepalaku untuk melihat siapakah yang menyapaku sebentar tadi. Aku tersenyum.

    " Kenapa masam aje ni?" Soalnya.

    " Rindukan rumah..." Kataku perlahan.

    " Ala, chill la. Baru beberapa jam kau kat sini, belum sebulan lagi." Katanya memujuk.

    " Entahlah, Anis. Pertama kali aku masuk asrama. Aku ni mana pernah berjauhan dengan mama aku," kataku dengan nada sedih.

    " kau bernasib baik," Kata Anis perlahan. Aku tersentak. bernasib baik? Apa maksud dia?

    " Maksud kau?" Soalku.

    " kau masih ada keluarga..."

    " Tapi, papa aku dah tak ada,"

    " Kau bertuah! Kau masih mempunyai seorang ibu yang penyayang. Tapi, keluarga aku dah tak ada.." Kata Anis dengan air mata.

    Aku terpaku. Takkan dia..." mereka pergi mana?" Pancingku.


    " Nenek aku kata, mak aku meninggal semasa melahirkan aku, ayah pula kemalangan jalan raya sehari selepas hari lahir aku yang pertama, aku ada kakak, tapi kakak aku kata aku pembawa sial dalam keluarga. Mak Long aku yang jaga kakak aku sementara aku pula dijaga oleh nenek. Semua yuran sekolah dan asrama semua Pak Long aku yang sponsor." Kata Anis dengan esakan.


    " Mana kakak kau sekarang?"

    " Pak Long aku kata dia belajar kat New Zealand,"katanya. Aku hanya memerhati setiap sudut wajahnya. Bersih aje muka dia. " Papa kau pergi mana pula?" Sambung Anis menutup kesedihan di hati.

    " hah? Err..papa aku dah meninggal dunia. Masa tu umur aku baru 12 tahun, papa aku mati mengejut semasa pergi ke tempat site di Petaling Jaya. Doktor cakap papa aku ada penyakit jantung. Papa tak pernah beritahu tentang penyakitnya kepada kami." Kataku sambil mengimbas kembali kenangannya dengan papa.

     Anis mengangguk lalu memeluk tubuh Airyshaa agar gadis itu bertenang.



hehe..nak tau lagi? tunggu ler!!















No comments:

Post a Comment