Saturday, October 5, 2013

EPISOD 3



jom kita sambung!!

EPISOD 3


     Anis memandang Vivi dengan penuh kehairanan. Pehal pagi ni dia pelik sangat? Kata Anis dalam hati.

     "Hmm,macam ni. Anis,kenalkan ni budak baru kat sekolah kita,nama dia Syafa Airisyaa Binti Zulkifly. Dia sedang cari asrama perempuan. Memandangkan awak duduk dalam asrama,jadi saya nak minta pertolongan awaklah." Kata Vivi.

     "Owh,ya ka? Jom ikut saya. Saya pun nak pergi asrama ni,kita pergi sama-sama nak?" Kata Anis. Aku hanya mengagguk tanda setuju. "Baguslah kalau macam tu,saya pergi dahulu,ya." Kata Vivi lalu beredar. 

                         
                             

      Dalam perjalanan ke kelas,sempat lagi aku menghayati pemandangan sekolah baruku. Hmm,cantik juga sekolah ni. Pujiku dalam hati.

      "Haa,dah sampai pun! Ni lah kelas kita Rysh." Kata Anis. Aku melihat sekitar kelasku. Pandai diorang hias kelas ni.

      "Ermm,awak nak duduk kat mana Rysh?" Tanya Anis lagi."Hmm,apa kata kita duduk kat barisan tengah tu. Senang sikit nak tengok apa yang cikgu ajar nanti." Cadangku. Nampaknya,Anis menganggukan kepalanya.

      "Boleh juga. Apa kata kita duduk kat meja nombor tiga tu? Tak adalah depan atau belakang sangat." Aku mengaggauk tanda setuju dengan cadangan Anis.

      Ketika aku baru sahaja mahu meletakkan beg,tiba-tiba aku ternamak sekujur tubuh sedang memerhati tingkah-langkah aku. Eh,macam kenal saja muka dia tu! Tapi kat mana ya? Soalku dalam hati. Lelaki itu bangun dan berjalan ke luar kelas. Sempat lagi dia melanggar bahuku. Aduh,sakit juga! "Hish,kurang ajar punya mamat poyo!" Kata Anis. Aku baru sahaja mahu cakap perkataan itu,tapi Anis terlebih dahulu menyebutnya. Lelaki itu hanya buat muka selambanya lalu keluar dari kelas.

      "Awak tak apa-apakah,Rysh?" Tanya Anis."Ermm,tak apa. Sikit saja ni." Kataku. "Jangan nak tipulah,Rysh. Saya tahu awak sedang menanggung kesakitan. Tak perlu berdalih lagi. Lagipun,mamat poyo tu memang kurang ajar! Saja mahu cari gaduh dengan orang lain!" Kata Anis dengan geramnya.

      "Mungkin semua ni salah saya,saya yang halang laluan dia." Kataku. "oh,ya! Kenapa awak panggil dia mamat poyo? Saya tak fahamlah." tanyaku.

      "Sebab.."

No comments:

Post a Comment