Saturday, November 9, 2013
episod 4
jom!! kita sambung!!
" Sebenarnya, dia memang patut dikategorikan sebagai mamat poyo. Sebabnya, dia anak orang bangsawan. Ayahnya seorang yang berpangkat Dato'. Ibunya telah lama meninggal dunia, dan dia pula anak tunggal. Dia seorang yang sombong dan tidak mempunyai kawan kecuali Naufal,rakan karibnya sejak tahun lepas lagi.
" Walaupun dia seorang yang kurang bersosial, tetapi dia amat diminati ramai pelajar perempuan disekolah ini. Khabar angin mengatakan bahawa dia ada kekasih, Linda namanya. Oh, dia juga menjadi murid kesayangan guru kerana menjadi pelajar cemerlang di sekolah!" Kata Anis panjang lebar. Aku mengagguk tanda faham.
" Namanya?" Soalku lagi.
" Ermm, namanya...saya pun tidak berapa ingat nama sebenarnya, disebabkan saya selalu memanggilnya dengan gelaran 'Mamat Poyo'." Kata Anis dengan sengihan.
Aku hanya ketawa kecil." Amboi, bila bergossip sakan macam tahu-tahu saja! Bila disoal, mati akal!" Kataku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment